Hazirah's Homemade @ Handmade Chocolate

KINI!HARGA BARU!LEBIH MURAH!LEBIH JIMAT!

Laman ini sedang dikemaskinikan, harap maklum.SELAMAT MEMCUCI MATA..kekeke

Friday, December 10, 2010

Coklat Anti-kerosakan Gigi

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.

Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.

Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

0 comments:

Post a Comment